Selamat Datang Ke Blog Kelab Belia Surau Al-Jamaiyah

Jumaat, 19 Ogos 2011

Sejarah Kampung Paya Jaras Hilir


AD
 INFO JABATAN
 JARINGAN
 PERKHIDMATAN
 UNDIAN
 
Adakah anda berpuashati terhadap perkhidmatan di pejabat kami?
 Sangat Baik
 Baik
 Sederhana
 Lemah
 JUMLAH PENGUNJUNG
  0097034 
 TARIKH KEMASKINI
   18 OGOS 2011
 KAUNTER WAKTU
 KALENDAR
 
<<   August 2011   >>
Sun
Mon
Tue
Wed
Thu
Fri
Sat

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31










Profil Daerah > Mukim > Mukim Sungai Buloh 1 > Profil Kampung > Kampung Paya Jaras Hilir

SEJARAH DAN ASAL USUL


KAMPUNG PAYA JARAS HILIR

                  Kampung ini telah di buka pada awal tahun 1930-an oleh suku Paling Bayan (Palimbayan) yang berketurunan Minangkabau. Kampung Paya Jaras Hilir merupakan salah satu pecahan daripada 4 buah kampung iaitu Paya Jaras Dalam, Tengah,Hulu, dan Hilir. Nama kampung Paya Jaras ini seperti yang dinyatakan sebelum ini adalah berasal daripada paya (kawasan paya) dan jaras(sejenis pokok) ketua kampung yang pertama ialah Allahyarham Sultan Alam.
                   Sultan Alam sebagai Ketua Kampung yang pertama pada masa itu telah mengorak langkah bersama anak-anak kampung mengembeleng tenaga dalam mencorak serta memajukan Kampung Paya Jaras Hilir. Hasil daripada usaha mereka ini telah menjadikan kampung ini begitu indah serta tersusun dan penduduknya pula hidup dalam suasana harmoni dan bermuafakat.Slogan kampung ini yang amat menarik unutk difikirkan ialah “Kampung Kita Wajah Kita”.
                    Menurut cerita, asal keturunan kaum paling Bayan ini ialah dari Sumatera. Pada sekitar tahun 1920-an ada kalangan suku kaum ini yang berhijrah ke Singapura untuk mencari penghidupan yang lebih baik. Seterusnya, ada pula dikalangan kumpulan penghijrah ini yang berpindah ke Johor dan bekerja menjaga kuda kepunyaan Sultan Johor. Lama kelamaan mereka berusaha pula mencari penghidupan baru dan berpindah ke negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia seperti Selangor dan Perak. Di Selangor, kumpulan kecil kaum Paling Bayan ini tertumpu di Kampung Paya Jaras Hilir yang merupakan salah sebuah kampung yang membentuk Kampung Paya Jaras.
                    Dahulunya kampung ini terbahagi kepada 3 kawasan iaitu paya, padang dan darat. Di kawasan paya, tanaman padi giat diusahakan. Para peneroka awal ini telah membuka dan menebang kawasan hutang untuk dijadikan sawah padi. Namun begitu, tanah paya di kampung ini kurang sesuai unutk tanaman padi kerana airnya mudah kering walaupun terdapat kunci air yang dibina.
                    Akhirnya usaha penanaman padi ini berpindah ke Kampung Kubu Gajah tetapi ia juga tidak bertahan lama iaitu setakat beberapa tahun sahaja kerana faktor yang sama iaitu ketidaksesuaian tanah. Disebabkan usaha tanaman  padi tidak berjaya, penduduk kampung mula menanam pokok cempedak. Kampung Paya Jaras Hilir kemudiannya terkenal dengan buah cempedaknya yang enak rasanya. Menjelang tahun 1970-an hingga 1980-an, kampung ini terkenal dengan buah cempedak sehinggakan terdapat spesies buah cempedak yang dinamakan Cempedak Paya Jaras.
                  Di kawasan padang di kampung ini pula, kawasan ini hanya ditumbuhi lalang dan sebahagiannya merupakan kawasan hutan. Di antara padang dan hutan itu, terdapat sebuah lubuk yang dikenali sebagai Lubuk Boyan (Buaian). Namun lubuk ini yang tidak sama rata. Ini kerana, sekiranya orang melalui dan memijak tanah di kawasan lubuk ini, kelihatan tanah di kawasan itu seperti buih-buih yang timbul dan rasanya seperti beralun atau dibuai-buai. Oleh itu kawasan lubuk itu pun dinamakan Lubuk Buaian (Boyan). Lama kelamaan ia disebut sebagai Lubuk Boyan sahaja. Pada masa kini perkembangan Paya Jaras Hilir semakin pesat dan kedudukannya di tengah-tengah laluan jalan raya antara kampung-kampung paya jaras yang lain serta Kampung Merbau Sempak dan Kampung Kubu Gajah menjadikan ia sebagai laluan sibuk setiap hari. Harga tanah di kampung ini juga semakin melonjak kerana suasana perkampungan ini adalah di pinggir Bandar dan menjadi pilihan utama kepada mereka yang bekerja di Bandar tetapi gemar tinggal di kawasan perkampungan yang mempunyai tanah yang luas dan udara yang bersih. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan